________________________________________________________

Monday, April 13, 2015

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - 26 April 2015

type="html">

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :- 

Jawatan:

1.  PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN



1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut
syarat-syarat perlantikan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia (Bumiputera).

(b) Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada
tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah
mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.

(c) Sihat tubuh badan.

(d) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM
atau setaraf dengannya.

(e) Pelajar UMK / Bekas Pelajar UMK / Staf Akademik & Pentadbiran UMK tidak
dibenarkan memohon.

(f) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.

(g) Pihak UMK boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada
bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.

2. Kadar upah – RM 54.00 sehari (melaksanakan tugas selama sembilan (9) jam sehari
termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua
Jabatan)

3. Upah tidak layak dibayar bagi cuti mingguan, cuti kelepasan am dan hari yang tidak
hadir bertugas.

4. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

5. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.

6. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal berdekatan dengan Kampus
Kota Pengkalan Chepa/ Kampus Bachok/ Kampus Jeli Universiti Malaysia Kelantan
dan mempunyai kenderaan sendiri.

7. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 14 Jun 2015 adalah
dianggap tidak berjaya.


CARA MEMOHON:-

(a) Borang permohonan seperti dilampirkan di sini (sila klik)

(b) Semua permohonan boleh dibuat dengan menghantar borang yang telah lengkap diisi ke
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) seperti alamat dibawah:

Bahagian Pentadbiran Akademik
Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Bachok
Karung Berkunci No. 1
 16300 Bachok
Kelantan Darul Naim
(U/P: Unit Peperiksaan dan Pengijazahan)

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pihak kami di :-

i. Pn. Che Rusliza Binti Che Kob - 097797014
ii. Pn. Nor Anida Binti Yusoff - 097797004
ii. En. Mohd Fairuz Bin Mohamed Juhari - 097797026


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 26 April 2015


0 Responses to “Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - 26 April 2015”

Post a Comment