________________________________________________________

Saturday, April 18, 2015

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Nilai - 17 April 2015

type="html">

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA. Keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-




Jawatan:-

1. PEMBANTU AKAUNTAN W17 


  Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat
peperiksaan tersebut;
[ Gaji Permulaan : RM929.00 ] atau

b. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat
Pertengahan (simpan kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM985.13 ] atau

c. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat
Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh
kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM1,154.33 ] atau

d. Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-Kira
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM1,379.92 ] dan

e. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan. 


Cara-Cara Memohon :

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MPN. 1/01)
yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Nilai berharga
RM1.00.

2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan:-

 i) Salinan MyKad;

 ii) Salinan Sijil Lahir

 iii) Gambar berukuran pasport (dilekatkan di muka hadapan borang);

 iv) Salinan sijil-sijil keputusan bagi kelayakan yang disyaratkan

3. Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:-

i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;

ii) tidak lengkap atau tidak terang;

iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

iv) tidak menulis nombor MyKad;

v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;

vi) tidak ditandatangani; dan

vii) permohonan yang diterima selepas tarikh tutup.


Alamat Jabatan :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
 NO.1, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN
 PERSIARAN PUSAT BANDAR, PUTRA NILAI
 PETI SURAT NO.52
 71800 NILAI
 NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.


Tarikh tutup permohonan : 17 April 2015


Logo Majlis Perbandaran Nilai http://newjawatan.blogspot.com/


Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Nilai

0 Responses to “Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Nilai - 17 April 2015”

Post a Comment