________________________________________________________

Tuesday, April 21, 2015

Jawatan Kosong di SUHAKAM - 3 May 2015

type="html">

The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) was established under the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999. SUHAKAM has the mandate and responsibility as the National Human Rights Institution, to promote awareness and protection of human rights. Malaysian Citizens who are innovative, dedicated and qualified are invited to fill the following positions:




Position:

1. AKAUNTAN W41

2. PENOLONG SETIAUSAHA (PEGAWAI) N41

3. PEMBANTU AM PEJABAT H11



1. Akauntan W41

Kelayakan :

i. Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dalam bidang  Perakaunan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya daripada  institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta  menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau

ii. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;

iii. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

iv. Mahir dalam proses dan prosedur kewangan berdasarkan Perbendaharaan Malaysia;

v. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan, Kewangan serta pelaburan; dan

vi. Mahir dalam merancang, melaksana dan mengawal semua perkara-perkara berkaitan dengan perakaunan dan kewangan termasuk penggubalan dasar-dasar perakaunan dan kewangan.


2. Penolong Setiausaha (Pegawai) N41

Kelayakan :

i. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Sains Sosial, Undang-Undang atau mana-mana bidang setaraf dari Universiti dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;


ii. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;


iii. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia, sains sosial dan isu-isu semasa di Malaysia;

iv. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penulisan dan penerbitan / grafik;

v. Mempunyai kemahiran di dalam penulisan laporan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

vi. Mahir bertutur dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

vii. Boleh bekerja di dalam pasukan dengan pemantauan yang minimum; dan

viii. Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.


3. Pembantu Am Pejabat H11

Kelayakan:

i. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

ii. Memiliki lesen memandu Kelas B2 dan D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P);

iii. Boleh mengendalikan tugas-tugas di pejabat dan penyerahan dokumen mengikut keperluan;

iv. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia; dan

v. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan


Cara Memohon:-

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan dan resume yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, slip gaji terakhir, surat rujukan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau 3 Mei 2015 kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.

Laman Web : www.suhakam.org.my

Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.


Closing Date : 03 May 2015


Logo SUHAKAM - http://newjawatan.blogspot.com/


Kerja Kosong di SUHAKAM Terkini

0 Responses to “Jawatan Kosong di SUHAKAM - 3 May 2015”

Post a Comment